SEJARAH SEKOLAH




JATA NEGARA




PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SKKP dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
Memotivasikan murid-murid ke peringkat maksima sejajar dengan harapan mewujudkan kanak-kanak berilmu, berkualiti, berwawasan dan berketrampilan.Mendapat sokongan, kerjasama yang erat dan padu daripada masyarakat demi meningkatkan kemajuan sekolah



FALSAFAH SEKOLAH

Murid-Murid Yang Belajar Di Sekolah Kebangsaan Kuala Perai, Semuanya Mempunyai Kebolehan Dan Berpotensi Serta Berkeupayaan Untuk Mencapai  Perkembangan Yang Seimbang Dari Segi Intelek, Emosi, Rohani Dan Jasmani.  Oleh  Itu Kita Seharusnya Memberi Peluang Seluas Mungkin Untuk Murid-Murid Mencapainya.  Kami Warga Pendidik Sekolah Ini Mempunyai Azam Dan Keupayaan Serta Kebolehan Iktisas Untuk Memberi Didikan Yang Sempurna Dan Bermutu Bagi Memaju Dan Mempertingkatkan Mutu Pencapaian Prestasi Murid-Murid Sekolah Ini. InsyaAllah



SEJARAH SEKOLAH

Sejarah awal penubuhan sekolah ini mengikut cerita dan sumber-sumber yang diperolehi hasil dari pertemuan, temuduga serta maklumat yang sahih serta boleh diperakukan dari orang tua-tua di sekitar kawasan serta penduduk asalnya, adalah dipercayai bahawa sekolah ini mula dibuka pada tahun 1920. Pada awal penubuhannya sekolah ini dinamakan sebagai St.form dengan jumlah muridnya seramai 50 orang. Bangunan asal sekolah ini pada mulanya terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Bagan Dalam iaitu di sebelah bahagian kanan bangunan masjid. Sekolah ini diperbuat dari kayu hutan dan beratapkan daun rumbia hasil dari pembinaan penduduk setempat secara gotong-royong.
Sekolah St.Form adalah sebuah sekolah harian biasa yang mana murid-murid yang belajar di sini diajar semua mata pelajaran contohnya Agama Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Moral Matematik dan pelbagai subjek lagi serta merangkumi kelas fardu ain, pelajaran jawi dan asas membaca Al-quran. Tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada kalangan guru-guru penduduk setempat yang mahir dalam bidang-bidang tersebut dan berkhidmat secara sukarela.
Kelas pembelajaran sekolah ini berjalan selama 15 tahun. Kelas ini telah mendapat perhatian pentadbir British pada masa itu yang beribu pejabat di Jalan Pinang iaitu di tapak bangunan Restoran Antarabangsa sekarang. Pihak pentadbir British telah mengenalpasti satu tapak untuk dijadikan dan didirikan bangunan sekolah tetap untuk kemudahan penduduk setempat. Tapak tersebut ialah bangunan B Sekolah Kebangsaan Kuala Perai sekarang ini. Bangunan ini mula dibina pada pertengahan tahun 1934 dan siap pada penghujung tahun yang sama. Pada awal tahun 1935 bangunan ini telah digunakan sepenuhnya untuk sesi persekolahan tetap di bawah pentedbiran kerajaan British. Sekolah ini telah bertukar tempat sebanyak tiga kali ini kerana semasa pemerintahan british mereka telah menjadualkan pembinaan jalan raya di kawasan sekolah tersebut maka mereka telah menukar sekolah St.Form ini ke tapak yang baru iaitu di anjakan sejauh 100 meter dari tempat asal ke tapak baru sekolah St.Form ketika ini juga para penduduk kampung ingin nama sekolah St.Form ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan kuala perai sempena nama kawasan kuala perai ketika itu yang terkenal dengan kilang gula Perai. Ini kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Perai.
Guru Besar pertama yang dilantik oleh pentadbir British untuk Sekolah Kebangsaan Kuala Perai ialah Tuan Haji Musanif bin Musa. Oleh kerana sekolah ini terdiri dari satu bangunan sahaja serta mempunyai 10 buah bilik darjah dan bilangan murid yang semakin bertambah maka sebuah bangunan telah dibina di belakang bangunan sekolah tersebut,bangunan 2 tingkat itu dilengkapi dengan 15 kelas, sebuah surau,sebuah bilik muzik yang digunakan untuk sementara waktu, sebuah dewan yang digunakan juga untuk tujuan kelas.
Guru Besar yang dilantik untuk mentadbir Sekolah kebangsaan Kuala Perai ialah Puan Fatimah Kassim. Sekolah Kebangsaan Kuala Perai dibuka pada tahun 1938. Sekolah Kebangsaan Kuala Perai ini hanya setakat darjah enam sahaja. Pelajar-pelajar yang telah lulus dalam peperiksaan akhir tahun enam akan melanjutkan pelajarannya di tingkatan satu di Sekolah Free School. Pada tahun 1936, Guru Besar pertama telah berpindah ke tempat lain dan tempat beliau telah diganti oleh Tuan Haji Musanif Musa sehinggalah pemerintahan Jepun pada tahun 1942.
Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun sekolah ini dijadikan markas tentera, malah merupakan tempat pengkebumian tentera-tentera jepun yang mati dalam peperangan ketika waktu itu. Walau bagaimanapun perjalanan sekolah adalah seperti biasa, tetapi di bawah pentadbiran tentera Jepun yang beribu pejabat di persimpangan lampu isyarat sekarang ini iaitu bangunan Shell. Selepas Jepun menyerah kalah sekolah ini telah diambil alih oleh pemerintah British dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Perai pada 1946.
Untuk menampung pertambahan pelajar, sebuah bangunan lagi telah di bina di hadapan bangunan sekolah tersebut. Pembiayaan pembinaan bangunan ini diberi oleh kerajaan ketika itu. Bangunan ini telah digunakan sebagai bangunan tambahan sekolah induk sehingga tahun 90-an.

Sejak tahun 1985, sekolah ini hanya mempunyai sesi pagi sahaja sehingga hari ini., malah guru-guru juga mencukupi bagi sesi pembelajaran, mereka juga memberi komitmen tinggi bagi mendidik murid – murid sekolah ini.ketika ini guru – guru yang mengajar adalah yang berkelayakan SPM dan juga keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris dan Sultan Halim Syah.



PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN



                                                   DIRASMIKAN OLEH
                                           Y.B EN ANWAR BIN IBRAHIM
                                       MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
                                             PADA 11 HB JANUARI 1987